BBF gathering 2011

Salam,

THIS IS A STICKY POST. FOR NEW ENTRY PLEASE SEE BELOW!

Seperti yang telah diwar-warkan di dalam Blogger Bride Forever (BBF) group, kita akan mengadakan satu gathering yang julung2 kalinya untuk b2b and ex-b2b. =)




Maka dengan itu, marilah kite ramai2 join gathering ni dan ambil peluang utk beramah mesra serta mungkin boleh berkongsi tips utk hari bahagia anda. mana tau dpt tau vendor2 ngan harga murah2 kan? haaaaaaaaaaa..jangan lepaskan peluang ini!!

Tempat: Amphitheater pusat, Taman Botani Shah Alam (nanti akan di attach map pada email, jgn risau yea?)
Tarikh: 2hb April 2011
Masa: 2.00-5.00 petang
Tema: Kesultanan Melayu Melaka (Tradisional ala2 perempuan melayu terakhir)
Yuran : RM25/orang


Banyak aktiviti akan dianjurkan..yang penting ada byk hadiah yg akan diberi..tak kan taknak rebut peluang menang adiah??????? makannan pon sodap2 dan dapat doorgift personalized BBF lagi.haaa..ape tunggu lagi, email cepat kat bbfgathering@yahoo.com utk penyertaan. sila email sblm 20 mac 2011. tempat adalah terhad tau! =D

chop! event ni korg leh bawak pasangan (boifren, tunang atau suami). kalo nak ajak kawan utk teman pon boleh in case ada yg malu2 kan. jom ramai2 kite jmp and support gathering ini.

Bila suami hilang ingatan..

Salam,

haiyooo..choi! kalau jadi seperti di tajuk. mintak simpang! huhu..al-kisahnya terjadi pada malam tadi. tapi sebelum itu, kalaulah terjadi seperti perkara di atas, memang dahsyat kan? iyalah, lama kasih terjalin lepas tu dia boleh tak ingat plak isteri dia siapa. huhuhu..sodeyh.

cerita dia macam ni. malam tadi seperti biasa, kami suami isteri akan calling2 lah tanya dah makan belum ke apa kan? tapi semalam suami hana ni tak call-call. pelik ni.so, hana call. hana pon tanyalah, "abang dah lupa kat kita ke?". pastu dialog pun bermula:

hubby: ini siapa? nak cakap dgn siapa?
hana: mcm biasalah abg wat lawak bodoh dia. nak ckp dgn abg la.
hubby: abang? saya abang orang ke?
hana: abg jgn nak mengada leh tak? dah lah tak call seharian..huhuhu..(ngan nada sedeyh)
hubby: laa..nape nak sedih2 pulak?
hana: iyalah..nak cakap dgn suami kita lah.
hubby: alamak! saya dah kahwin ke?
hana: abg, jgn lah main-main.
hubby: betul lah. nak main-main apanya. saya ni tinggal bujang aje kat sini.
hana: abg!!!!!!!! serius lah. nak cakap dgn abglah!

dan berjela2 lagi lah apa yg dia bebel. mengada2. hana dah cuak dah. dia ni betul ke tak kan. dalam 15min jugaklah dia hilang ingatan..huhu..hilang ingatan buat-buat. tension mak! iyealah..dia kata, awal2 permulaan telefon dah cakap dia tak ingat kat isteri dia. kan? so, dia kata nak sangat lah tu abang hilang ingatan..huhu..JAHAT betul! rupanya dia tak call sbb sibuk untuk siapkan dokumen kerja yg kena hantar esok..huh..


sekadar gambar hiasan..from google.

mana lah kita nak mintak jadi camtu kan? haishh..tapi kalau jadi hishhkk..tak tau cmne nak cakap.Doa lah agar semua dilindungi dan dirahmati Allah. =)

p/s: Selamat tunggu lagi 2 hari utk Blogger Brides Forever Gathering.

Newer Posts Older Posts Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner Paid To Promote