sedih meninggalkan suami
Salam,
hi semua..actually, hana malas layan mood sedih2 ni. hehe, tapi cam nak bercerita juga. tak ada lah sedih mana pon. hana je yg lelebih. =p
semalam, habislah sudah tempoh cuti belajar hana. hari ni iaitu hari JUMAAT hana telah kembali bekerja seperti dahulu kala. nasib lah sehari je kerja minggu ni. haishh..sob sob sob..sedih meninggalkan suami utk ke kerja sbb dah tak dapat jalankan rutin seharian hana sebagai seorang isteri seperti menyiapkan sarapan pagi, makan petang before suami gerak nak pegi kerja (kalau kerja malam), siapkan bekal dia, cari baju, socks n etc dia. tambah sedih bila hana pergi kerja (kol 8am) dia baru balik kerja (8am) and hana balik kerja (5pm) dia pergi kerja (6pm). uwaaaaaaaaaa..tak ke setiap hari mcm jmp bape minit je..itu pon kalau tak jam jalan. sempat lah jmp..kalo tak, nan ado lah gamaknye!
hurmm..rupanya PJD (pasangan jarak dekat) pon ada masalah gak eyh..hahaha..sblm ni ingt PJJ aje yg susah nak jmp. hurmm..harapnye cepat lah abg dpt tukar shift pagi. nasiblah ada sabtu, ahad. boleh lah hana tatap wajah suami kesayangan even waktu dia nyenyak tidur =)