Budget Raya 2011

Wah, dah 9 hari berpuasa rupanya. Alhamdulillah, at 5 months preggy, puasa masih penuh (so far)..insyaAllah dapat berpuasa penuh tahun ini.

Just nak share budget raya Hane, bukan amount ye, just items dalam budget raya..

Category A: Duit Raya
A1. Duit Raya Emak
A2. Duit Raya Ayah
A3. Gift untuk ibu mertua
A4. Duit Raya Adik & Adik ipar
A5. Duit Raya anak buah bawah 3 tahun
A6. Duit Raya anak buah bawah 3-12 tahun
A7. Duit Raya anak buah bawah 13-17 tahun
A8. Duit Raya kanak-kanak di kampung
A9. Duit Raya anak kawan-kawan
A10. Duit Raya others/misc

Category B: Persiapan Raya untuk diri sendiri
B1. Baju Raya
B2. Tudung Raya
B3. Sandal Raya 1 - untuk pakai balik kampung, kena cari yang selesa & flat
B4. Sandal Raya 2 - untuk pakai open houses kawan, yang ini boleh la nak vogue sket
B5. Make up
B6. Kuih raya untuk makan sendiri (selain dari ambil dari rumah emak)

Category C: Persiapan Raya di rumah emak
C1. Pre-raya preparation #1  - untuk emak buat kuih raya. kalau rajin je booking macam-macam and berbalang-balang kuih emak tu kan, kena la menyumbang. memang la emak tak minta, tapi...sendiri mahu ingat la ye. beri mid bulan puasa or selalunya shopping terus sekali dengan emak beli bahan-bahan
C2. Shopping raya - nak raya selalu akan keluar shopping dengan emak dan nieces (ada 2 orang yang memang duduk dengan emak), so sambil shopping barang sendiri, biasanya akan belikan mereka barang raya juga e.g. tudung, sandal
C3. Pre-raya preparation #2 - untuk emak beli bahan masak di pagi raya, contohnya daging, ayam, nasi himpit, ketupat etc. beri sekali terus hujung puasa dengan duit raya untuk emak
C4. Raya - saudara mara dan kawan-kawan datang visit semua di rumah emak. tetamu datang beraya kena lah jamu kan? dan biasanya untuk tetamu yang Hane tak kenal, Hane wakilkan emak je bagi duit raya

Category D: Transportation
D1. Service kereta - target lepas dapat bonus PB bulan 8 ini :)
D2. Toll charges - nak jalan jauh kan
D3. Minyak/Gas - of course kena budget extra masa bulan raya

Tak masuk rumah lagi raya ini, so tiada la budget untuk raya untuk rumah sendiri. If not sure lagi banyak dalam budget list..!

Phew~ memang banyak belanja time raya ini kan? Ramai yang akan kata "...asalkan ikhlas..", ahaks, iye memang Hane setuju, tapi kalau memang ada extra income, CONFIRM laaaagi ikhlas.


0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner Paid To Promote