Ada apa dengan nama baby?

Salam,

Just nak share mengenai penamaan nama bagi anak2 kita. Semalam banyak lah juga post2 dari FB mengenai nama2 ni. Ada yang mengatakan nama2 itu nama2 anak jin. Wallahualam..Ada juga tindakbalas dari ustdz yang berbeza mengenai perkara ini mengatakan sebaliknya. Hana bukanlah arif mengenai nama dan maksudnya. Yang hana tahu, kalau kita bertanyakan pada ahli agama dan rujuk dengan sumber2 yang dipercayai mengenai maksud nama itu, insyaAllah ianya akan jadi satu nama yang baik kelak.

Meh hana share post2 di FB dua-tiga hari ni mengenai nama2 ni:


Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama² berikut merupakan antara nama² anak Jin.. walaupun maknanya bagus.. kerana nama² ini boleh mendatangkan penyakit misteri..

1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya

Jadi janganlah sesekali mengambil nama² diatas untuk nama anak² kita.

PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka² yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sbgi contoh klu SITI NAJWA.. dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI..


Tindakanbalas dari penyataan di atas (Dr FB cousin hana):

Sejak dari semalam, ada di kalangan rakan2 saya di facebook yang share tentang nama-nama anak jin. Nama yang dimaksudkan adalah : 1. Balqis 2. Qistina/Kistina 3. Najwa 4. Zakuan/Zaquan 5. Batrisya 6. Erisya 7. Mazda, kononnya jika ibubapa beri nama itu pada anak mereka, akan ditimpa penyakit misteri. Yang menyebarkannya pula mendakwa ia adalah kata-kata dari Ustaz Sifulan bin Sifulan dari program Tanyalah Ustaz TV9.

Baik, ini jawapan Ustaz Zaharuddin.net :

Respon 1 : Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah.

Respon 2 : Saya baru sahaja menghubungi Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Pasal nama-nama ni, hana dgn husben kira mcm dah sepakat untuk namakan baby kami ni nanti dengan ...........hehe..rahsia lah kan?tapi itu baru senarai nama perempuan. nama lelaki tak ready lagi. Bak kata daddynya, ala susah2 kita namakan anak kita Siti Wasatiah atau Ahmad Wasatiah sudah. sederhana je semua..muahahaha..Mommynya terus memberontak tak nak! hahaha.. =p

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner Paid To Promote