Glucose Tolerance Test in Pregnancy

Salam,

Last week on 30th November (30/11/11), hana pergi ke KK untuk buat MGTT/OGTT test ni. Ok, kepada yang tidak tahu, glucose tolerance test ini adalah untuk detect sama ada kita menghidapi gestational diabetes atau tidak. Org yg perlu buat test ini selalunya adalah org yg berisiko tinggi dimana ibu atau bapa kepada ibu mengandung tersebut ada sejarah penyakit kencing manis. Maka, mereka perlulah jalani test ini.

Ramai yang gerun nak buat test ni sebenarnya. Ialah, siapa lah larat nak telan air gula se mug kan? hehehe..kalau muntah balik air gula tu makanya kita kena repeat balik minum air gula tu. Tak ke sia-sia? huhu..alhamdulillah, hana berjaya habiskan se mug air gula tu dalam beberapa teguk. Nasib airnya suam2, kalau sejuk mesti tak berapa lalu nak minum dah. =) tapi yg syoknya, org sebelah hana siap bawak mineral water sejuk tu di sulamkan minum dgn air gula tu. ewaaaahh..kita kat sebelah ni bertarung nyawa (over kau!) minum air gula. Dia sedap teguk air gula pastu sulam ngan air mineral. Mana aci kan?? hahahaha..jd, hana dgn baik hati tegur akak tu.. "akak, takleh minum air lain kak.." dia cakap, "lah, ye ke? akak tak tau pun.." Akak tu buat muka tak bersalah..hahahaha..ada2 aje tau akak ni. =p Dah minum tu, hana mintak permission ngan nurse nak balik rumah sebab lepas 2jam baru diorg akan ambil darah balik. Nasib nurse bagi. kalau tak, duduk lah tertonggok dekat klinik tu. huhu..


ini gambarannya..tp mug nye taklah sebesar ini. 250ml nye mug je.

haa..lupe lak nak share. kalau buat kat klinik swasta MGTT ni, anda berkemungkinan akan minum air gula yang berperisa oren/anggur. eceyh..konon2 syok lah ada perisa2 tu..hehe..jadi, before buat test tu leh la survey klinik uolls ada offer air gula berperisa ke tak? haha..hana saja tanak buat kat az-zahrah sbb hana wat check up kat kk jugak. so, buat aje kat kk ni. save banyak buat kat kk ni. kat az-zahrah sekali prick kat vein utk blood test dah rm100++!! huhu..


hah..hambek kau! kiri kanan kena cucuk. nasib sebelah aje lebam teruk gini..
(p/s: gmbr ini baru diambil td iaitu pada 5/12/11 pada 10.50am.. kiralah dah berapa hari tapi lebam kena cucuk tak hilang2..huhu)

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner Paid To Promote