Gempar!

hehe..tajuk tak boleh blah..ekeke..

iyea..hana ada terbaca 1 artikel mengenai perlu ke majlis pertunangan seperti majlis perkahwinan? hihi..baca punya baca..artikel ni boleh dijadikan sebagai panduan kepada adik-adik di luar sana yang berkeinginan untuk bertunang..i repeat bertunang ye..jom kite baca artikel ni citer pasal ape yg GEMPAR sangat tuh.. =p

Di suatu hari ..

Kak M: Salam Encik. Jemput ke kenduri majlis pertunangan anak saya encik pada 1 Februari ni. Ni kad jemputan nya. Kami buat sampai malam dan ada karaoke sekali.

Encik H: Huishh .. bertunang pun ada kad jemputan jugak. Macam nak jemput kenduri kahwin pulak.

Kak M: Ikut kehendak anak-anak encik. Diorang yang nak sangat buat macam ni.

Encik H: Mesti banyak habis belanja. Bakal menantunya kerja apa?

Kak M: Kerani bank aja … pandai-pandailah diorang nanti nak kumpul duit nanti.

Macam dah jadi suatu trend pula yang majlis bertunang buat secara besar-besaran walaupun bukan dari kalangan artis, VIP ataupun anak orang kenamaan. Jika artis or VIP buat mungkin ada sponsor dari pelbagai pihak yang nak lari dari cukai, orang biasa sekarang pun tak nak mengalah juga! Semua nak buat majlis tersebut secara “grand” dan hebat! Biar jiran-jiran berkata .. “Wah .. hebatnya majlis pertunangan anak kamu ni”

Tapi adakah mereka terfikir yang membuat majlis pertunangan tu mungkin akan menyempitkan hidup mereka kelak? Ya lah .. duit nak buat majlis pertunangan secara besar-besaran tu kena di adakan juga. Kalau dah jemputan sampai 300 orang belum kira lagi dengan barang-barang hantaran dan persiapan lain, mahu juga cecah sampai RM4-5 ribu belanjanya!

Kesian kepada si lelaki (dan juga perempuannya!) untuk menghimpun duit sebegitu banyak semata-mata nak buat majlis yang gah. Mungkin ada yang terpaksa meminjam dan berhutang untuk majlis pertunangan ini. Itu belum lagi untuk majlis perkahwinan kelak. Mungkin hutang majlis pertunangan belum habis dah kena tambah pula dengan hutang majlis perkahwinan! Nanti anak dah 2-3 orang pun hutang belum langsai lagi.

Apa yang terbaik?

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Memadai untuk sanak saudara dan juga jiran terdekat sahaja. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

Jika benar-benar nak mengikut seperti kehendak Islam – Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

ok..itu sahaja artikelnye..pada hana ia bergantung kepada seseorang. kalau kes kat atas ni, actually dia tak mampu tapi nak buat secara grand dan meletop sampai menyusahkan diri. itu baru tunang, belom kawen lagi..lepas kawen plak mcm mana?takkan makan pasir..(peringatan kepada diri-sendiri jugak). Skrg hana tengah praktikkan cara Yanie simpan duet utk payung hari lepas kawen..hihi..seronok tau sebenarnye dpt tabung duet sikit2 ni..terasa kepuasannya walaupun amountnye takdelah banyak mana..tp simpan sikit-sikit lama2 jadi banglo..tak gitu? ekekeke..So, renung-renungkanlah wahai pembaca sekalian.. =)

p/s: post ini takde kena-mengena dengan sesiapa di alam realiti atau maya. Ianya sekadar panduan.Harap maklum..

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner Paid To Promote