Mencari rentak baru

Salam,

Pertama sekali, tuan empunya blog nak minta maaf sebab dah lama giller tak update blog ni. huhu.. tapi, ada ke yg rindu? =p

Nak mencari rentak nak menulis balik kat dlm blog ni pun ambil masa jugak sebenarnya. Macam-macam yang bermain di fikiran. Nak mula macam mana, title post apa, content..pendek kata, semua lah..rentak tu cam slow je. hahaha..

But anyhow, berjaya juga hana coretkan sedikit sebanyak utk post kali ini.

Hana rasa kebanyakan dari rakan-rakan blog hana dah tahu akan kehadiran kurniaan Allah dalam rumahtangga hana dan suami. ngeeeeee =D. Disebabkan ini juga lah hana terputus hubungan dengan dunia blogging untuk beberapa bulan. Mana taknya, pengalaman pada awal nya tak seindah mana. hoho..

Iya, Alhamdulillah.. Saya disahkan hamil mulai 27 Jun 2011. =) Mulai dari minggu ke-5 kehamilan saya dah mula mendapat simptom2 mengandung yg boleh dikatakan agak parah jugaklah. huhuhu..Kalau diingatkan, mmg teramat perit nak melalui hari-harinya. Sebelum ni, ingatkan semua pengalaman mengandung indah2 belaka. Kalau teruk pun tak seteruk jangkaan dan apa yang dialami. Tapi, itu lah ketentuan-Nya. Terpaksa juga harungi walaupun ada masa nya sampai terkeluar ayat ini dengan Mama.."Mama, rasa macam dah nak mati dah menanggungnya.." huhu..iya, hana tau takkan lah sampai mcm tu sekali kan? tapi itu lah yg hana rasa sampai lah masuk 4bulan usia kandungan..

Kalau nak cerita pasal kemabukan melampau ni, 4 episod pun tak habis. hahaha..InsyaAllah, next entry hana ceritakan. Jadinya, boleh la dijadikan pengajaran kepada bakal2 ibu, bahawa tak semuanya indah2 belaka. hoho..


meet my lil' caliph.. =)

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner Paid To Promote