Realiti Mengandung

Salam,

Disclaimer: Entry ini bukan untuk menakut-nakutkan bakal ibu, tapi untuk bagi anda bersedia dari segi fizikal dan mental untuk hari-hari yang bakal anda jalani sebagai ibu mengandung.

Hana janji sblm ni nak cerita pengalaman hana di awal kehamilan kan? Tapi hana nak bagi warning siap2. Kot ada yang tengah makan/minum tu, sila la berhenti makan. Sebabnya entry ni ada unsur2 yang anda akan rasa kembang2 tekak bila baca. hahahaha..

Ok, mulanya begini. Sejak 5wk pregnant lagi hana dah kena so called 'morning sickness'. Memang simptom awal seperti pening-pening lalat sikit-sikit tu ada dan dia terus masuk simptom-simptom seperti muntah di awal pagi bawak sampai ke tengah hari. Ok, fine! hari pertama, kedua, ketiga dan seminggu-dua awal tu saya boleh tahan lagi. Tapi bila dah masuk 8wk pregnancy which jatuh pulak pada hari mulia Ramadhan Al-Mubarak, terus hana ni melepet tak terdaya dah menahannya. Saya hanya berjaya puasa 1 hari yea kawan-kawan. huhuhu..hancur hati ku niat nak puasa sebulan penuh!! siap kena counter-attack dgn kata2 sinis sang suami "hai, nampaknya kena ganti puasa sebulan ni..bukan puasa penuh.." ciss..dalam hati mendidih aje..hahaha..takpe, niat tu penting. tapi memang tak dapat nak laksanakan pun. Hari ke-2 puasa dah start berulang ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah. Haishhh..Masa ni hanya Allah yang tahu betapa seksanya nak mengharungi hari-hari yang perit tu.Mana taknya, muntah tak kira waktu. Sakit, pening, batuk, tak lalu makan dan minum, tidur pun terjaga2 dek kerana muntah.

Dr kat Az-Zahrah tu bgtau hana kena HYPEREMESIS..ini sikit info dari wikipedia on hyperem:

Hyperemesis gravidarum (HG) is a severe form of morning sickness, with "unrelenting, excessive pregnancy-related nausea and/or vomiting that prevents adequate intake of food and fluids."[1] Hyperemesis is considered a rare complication of pregnancy but, because nausea and vomiting during pregnancy exist on a continuum, there is often not a good diagnosis between common morning sickness and hyperemesis.

See, from the explanation itself told us it was a SEVERE form of sickness. Jadi, saya bukan mengada-ada buat2 muntah berpanjangan seharian. huhuhu.. Muntah yang hana alami dari celik mata sampai tutup mata NON-STOP! Sampai paling teruk muntah tu keluar ikut hidung dan keluar darah sbb tekak luka. Cuba kalau kita muntah sekali pun dah rasa serik kan? Ini kan pulak sejam dalam 2-3kali muntah. hah..tak ke flat? Pastu asyik batuk aje. Org kata biasa org ngandung ni batuk2. Tapi bila sekali kau batuk semua isi perut ikut keluar sekali. huh.... Dah tu tambah dengan tak lalu makannya. And FYI, the worst part is, hana takleh nak telan AIR MASAK langsung! Dah la dehydrated, pastu air plak takleh nak minum. Tak ke naya? Makan tak usah cakapla..huhu..nak bau org masak pun dah uwek uwek ini kan plak nak makan. iskhh..takde makna nya. Nasib la boleh telan air milo + nestum. Dan sumber fluid hana adalah dari mengemam ais batu ye kawan2. Sehari dalam 10 ais dalam bekas dadih tu. Pecah2 kan ais tu letak dalam mulut sampai cair. Itu je yang boleh buat Hana survive. huhu..dan di kala ini, berat hana turun 4-5kg mcm tu..(ceh! masa kawen dulu kemain susah nak turun..huh).



Dari awal puasa sampai la nak dekat raya dah berlubang2 tangan kiri kanan kena cucuk masuk drip (Total sampai 4bulan = 7x cucuk utk masuk air). Sbb hana hyperem and dehydrated. Ada sekali tu terpaksa masuk Hospital Serdang sbb dah parah sgt. Masuk situ 4hari 3 malam. Duk lah tercongok keboringan kat situ. Berbelas2 drip masuk sampai kembang2 tangan bengkak air. Hari ke-4, Dr tanya, "awak dah rasa OK sikit?". Hana iya kan aje. Beriya2 cakap dah ok. Tapi urine test punya result still tak clear lagi sbb Ketone masih 2+. Selalunya dalam 1+ baru Dr bagi keluar. Tapi dah ckp ngan Dr tu nak keluar jugak2, dia pun bagi lah. hehehe..Tapi hambek kau! Sampai je depan pintu rumah, selambak keluar isi perut..huhuhu..smpi ke malam la muntah2 jugak. Sampai call org sana sini, tanya kalau dah warded and still muntah2 kena admit balik ke camne.. tu yang keluar ayat ckp ngan mama "Dah tak tahan sgt dah ni, antar je org balik g spital..rasa cam nak mati dah"..huhu.. tadi kemain nak balik, sekrg dimintak2 plak nak g spital. hahaha..nan ado la mama nak hantar. tahan kan aje. pas 2hari camtu masuk Az-Zahrah balik. Rutin mcm biasa 2 botol air dalam masa 2 jam pastu balik rumah. Ulang-ulang mcm tu je la sampai sehari sblm raya, lepas seminggu raya and sampai la kandungan dah nak masuk 4 bulan. huhuhu.. MC dan EL tak usah kira..siap KJ announce lagi kat Meeting bgtau hana kena hyperem. nasib lah diorg ni paham..hahaha..

Walaupun pengalaman ni buat hana serik nak mengandung lagi, tapi hana rasa bertuah sgt2 sbb dapat rasa nikmat mengandung. Hana sedar, ramai lagi wanita di luar sana yang beriya-iya berusaha nak kan anak..tapi belum ada rezeki. Setakat sakit pening 9 bulan tu hana rasa berbaloi sbb ada zuriat dan nikmat yg dikurniakan Allah yang hana dapat kecapi. Dan syukur tak terhingga juga, sebab dikurniakan suami dan family yang bnyk membantu hana sepanjang hana pregnant (untung duduk ngan mak! kalau duk sendiri tak tau laa..huhu). Diorg la yang duk jaga hana siang malam. Mama siap tido kat hall dgn hana sbb hana takleh bau bilik tidur yang ada bau suamiku yg dulu ku puja-puja..hahaha..THANKS ABANG, MAMA dan family members yang lain2. Itu lah, org kata kalau anak degil takmo dgr ckp mak pak pastu plak asyik wat mak sakit hati..haaa..dapatlah kita merasa camne bila kita jadi mak plak..itu baru sikit azabnya..(kuikuikui..padan muka sendiri..baru nak insaf!)

Alamak, panjang plak entry ni. Ampun! Ok, kalau korang pun alami morning sickness mcm hana, hana syorkan:

1. jgn mkn mknn bergoreng, pedas, berempah. Makan yang plain2, soup2 mcm tu aje. Ini akan mengurangkan rasa perit kita bila muntah tu.
2. Kalau dah ok sikit, jangan biarkan perut kita kosong. Sentiasa bawak gula2 atau biskut bila kita rasa lapar.

Ok, itu sahaja untuk kali ini..daaa..

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner Paid To Promote